Rainbow Cake versi Buyaaat

Bertungkus lumus dari pukul 10 pagi, kemain dari pagi buat kek dan siap pukul 3 petang. Semuanya gara-gara tak banyak bekas dan senang cerita aku lebih banyak buang masa buat buttercream yang akhirnya tak jadi :)) 

Badluck Buyaaat ~

Ekeke. 

Haaa ! 
Terfikir macam mana nak menghasilkan kek pelangi macam aku kat bawah ni? :))
Senang je weh, serius senang, kek pun jadi lembut.


Bagi nak memudahkan korang yang baru lagi dalam jurusan pembuatan kek macam aku ni.
Aku sarankan korang guna tepung yang tinggal adun dan bakar je.
Macam aku, aku tak guna tepung kek dan tepung gandum macam yang selalu aku buat.

Kali ni..
Aku guna tepung dari Nona .
kihkihkih


Memandangkan aku guna tepung sedia mudah, jadi aku rasa aku kena tunjuk cara yang aku guna dan bukan cara yang aku kebas dari blog orang. KAH KAH KAH

Lagi satu, memandangkan aku ni pesen suka menyukat sesuka hati aku, tak mengikut sukatan jadi aku rasa aku kenalah menipu sedikit. Tunjuk kat korang kena ikut tutorial sebenar macam mana nak buat kek, jangan jadi macam aku yang suka main bantai bila buat sesuatu perkara. Gitew.

Bahan-bahan (KEK): 
  • 5 biji telur GRED A 
  • 1 cawan air (kalau ikutkan, 1 1/2 cawan) 
  • 1 pek adunan Kek Sponge NONA (tuang semua, plastik dia kecil je. jangan risau) 
  • 80ml buttercup 
  •  Beberapa pewarna makanan Perisa Vanilla @ lain-lain (jika perlu) 
Bahan-bahan (LAPISAN KEK): 
  • 2 pek Baking Chocolate cairkan coklat ni untuk lapisan kek

Cara Penyediaan (KEK):

1. Masukkan 5 biji telur, 1 cawan air, 1 pek adunan Kek Sponge Nona. 
  • kacaukan selama 4 minit dengan kelajuan sederhana hingga sebati (tengok belakang kotak NONA je pun -,-)
2. Masukkan 80ml buttercup yang dah lembut, jangan pula buttercup yang korang baru keluarkan dari peti sejuk -.-
  • kacaukan buttercup beserta adunan 5 biji telur, 1 cawan air, 1 pek adunan Kek Sponge Nona dan perisa Vanilla sehingga kembang selama 1 minit dengan kelajuan yang rendah.
3. Asingkan kepada beberapa bahagian dalam bekas (bergantung kepada berapa jenis pewarna yang korang gunakan. Macam aku, aku guna 5 pewarna.
  • Hah, memandangkan aku tak jumpa pewarna warna purple di kedai. (Ke memang takda jual?). So, aku reka sendiri. Nak jadikan warna purple. Korang hanya perlu campurkan SEDIKIT warna BIRU dan warna MERAH. SEDIKIT SAHAJA !
  • Letakkan pewarna di setiap bekas SEDIKIT sahaja, kalau korang letak banyak, warna adunan akan jadi gelap, tak lembut warna dia, melainkan korang memang nak kek yang warna gelap. FAHAM?
  • SEDIKIT macam mana? sudu besar tu, bebetul hujung. 1/4 senang cerita.
4. Masukkan adunan kek tadi dalam bekas yang beralas kertas minyak (letak mentega je, sapu bagi rata).
  • Yang ni bergantung pada korang untuk buat lapisan kek tu, sama ada nak kek tu tebal sampai siling bila digabungkan semua atau nak nipis macam aku punya. Haha.
  • Lebih cantik kalau buat kek tu dalam lapisan yang nipis okey? :) Baru comel. hiks.

5. Masukkan bekas kek tadi dalam ketuhar, setkan pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
  • ini korang kena pandai tengok, cucuk kek dengan garfu atau lidi. Kek kalau dah masak, dia takkan melekat pada garfu atau lidi tersebut. :) 
Okey, bila dah masak semua tu, korang boleh menghias ikut sukahati korang. Macam aku, hiasan dah childish habis dah ni. Kahkahkah, serius tak pandai menghias kek. Janji kek sedap aku okey je. Miahaha.



Cara Buat ButterCream
Boleh rujuk kat LINK ini, aku malas nak tampal sini. 
Entry aku makin panjang, korang makin malas baca :p 
Hihi.

SELAMAT MENCUBA.
Lapar kek !.
Bye ~

15 comments:

  1. tengok macam sedap jer..huhu
    tapi syngnye kat rumah oven masih takde..
    masih tak beli yang baru..

    p/s: kalau buat cake rainbow kukus leh tak? hewhewhew

    ReplyDelete
  2. sbb kau berjaya buat mende ni,aku akan cubaaaa masa cuti niiii. hehehe

    ReplyDelete
  3. anda tleha ditagged dlm satu GA ..http://akelkiwanaekan.blogspot.com/2013/02/big-giveaway-by-cikgu-fizi-fizgraphic.html...
    tQ

    ReplyDelete
  4. Ayu kek yg 1 kaler pon fail apatah lagi kek rainbow cmni...huhu nati ayu try resepi cik bulat

    ReplyDelete

Ekhem ! Terima kasih sebab memberi ulasan , datang lagi ye.. saya tak balas tapi saya baca ulasan anda :) Please be nice with me. :)

 

Copyright 2013 © Cik Bulat. All Rights Reserved.